Satu susunan nada indah dalam arus kehidupan yang secara sedar atau tidak kita terus dibawa bersama Detik Waktu...
Wow!!!
Monday, September 30, 2013
DAH LAMA DAH...
Dah lama dah tak update blog ni... kekurangan masa dan masalah kesihatan... sejak sakit bulan Januari 2012 dulu, aku menghadapi masalah untuk fokus... Kena kawal stress dengan baik supaya tak terjadi lagi... Banyak karya-karya yang terbengkalai, rasa hilang mood sebab tak dapat nak memberi fokus dengan baik bila berkarya... Harap dapat segera bangkit dari belenggu ini...
Monday, November 21, 2011
Alangkah Indahnya....
Semalam detik bersejarah bagi pasukan bola sepak negara, Skuad Harimau Muda, apabila berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA di Indonesia dengan menumpaskan tuan rumah. Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang perlawanan tersebut kerana saya yakin ramai wartawan, penulis, bloggers, yang akan menulis detik-detik bersejarah itu.
Di sini saya lebih berminat untuk menarik perhatian pembaca tentang bagaimana rakyat Malaysia ketika itu. Semua rakyat tanpa mengira kaum, fahaman politik, taraf ekonomi dan sebagainya bersatu memberikan sokongan kepada pasukan negara. Alangkah indahnya jika kita boleh bersatu padu seperti itu dalam membangunkan negara, dalam mempertahankan negara daripada anasir-anasir jahat. Saya rasa jika semangat seperti semalam diaplikasikan dalam kehidupan harian kita pastinya Malaysia akan lebih maju dan aman damai.
Semoga Malaysia akan terus aman makmur buat selamanya..... Amin.....
Di sini saya lebih berminat untuk menarik perhatian pembaca tentang bagaimana rakyat Malaysia ketika itu. Semua rakyat tanpa mengira kaum, fahaman politik, taraf ekonomi dan sebagainya bersatu memberikan sokongan kepada pasukan negara. Alangkah indahnya jika kita boleh bersatu padu seperti itu dalam membangunkan negara, dalam mempertahankan negara daripada anasir-anasir jahat. Saya rasa jika semangat seperti semalam diaplikasikan dalam kehidupan harian kita pastinya Malaysia akan lebih maju dan aman damai.
Semoga Malaysia akan terus aman makmur buat selamanya..... Amin.....
Thursday, November 3, 2011
Ini Bukan Karya Aku
Ini bukan karya aku,
Juga bukan karya engkau,
Bukan juga karya dia atau mereka,
Karya ini milik Allah Yang Maha Esa...
Thursday, July 21, 2011
Akan Datang Akhir Disember
Akan datang akhir disember ini,
Desiran angin memutih di padang-padang,
Sesaat kita mendengar risau di sebalik rongga waktu,
Yang berhamburan di jendela....
Akan datang akhir disember,
Risik bulan yang mengabur,
Di hutan-hutan seakan gelisah,
Di tangan kita....
Akan datang akhir disember ini,
Senja, bulan, desir, bisik,
Dan angin petang berhamburan bagai rindu musim hujan,
Lepas ke udara malam yang gelap...
Dan sesaat itu juga,
Kita mendengar kacau,
Menyiapkan unggun mimpi,
Di kaca peraduan....
Akan datang akhir disember ini,
Bulan diranting pohonan,
Dan angin yang berdesir,
Dalam nafas malam,
Di antara bayang dan sepi,
Sementara menunggu lebur jagat ini.....
Wednesday, July 20, 2011
iPhone4 Menumpaskan Peragut
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian,
Ini adalah suatu kisah benar. Saya mempunyai seorang kawan, namanya Ah Leong(bukan nama sebenar). Dia ni seorang jurujual telefon bimbit. Kalau dengan dia ni sembang pasal handphone sampai tutup kedai pun takpe.
Kadang tu dia ajak lagi sambung cerita kat kedai mamak. Rajin bercerita dia ni, kalau ada program realiti untuk bercerita memang dia ada harapan jadi juara. Lagi satu, dia ni tak kisah pun saya tanya macam-macam pasal handphone, smartphone, tablet, mahupun pasal kereta dan motor. Saya tak pernah beli pun kat dia ni. Hahahaha... Gelak jap...
Satu hari, seperti hari-hari lain di mana saya akan singgah di kedai Ah Leong untuk mendapat informasi terkini tentang dunia gadget. Sampai di kedai Ah Leong, saya tengok ada sebuah iPhone 4 yang retak dan pecah skrin depan. Saya pun bertanya tentang iphone 4 tu. Dia memberitahu bahawa pemilik iphone4 tersebut baru sahaja terlibat dengan kes ragut.
Sewaktu berjalan di kaki lima sebuah kedai dia telah diragut oleh seorang lelaki (pemilik iphone4 ni pun lelaki jugak). Peragut itu cuba meragut beg laptop yang dibawa oleh pemilik iphone4 tersebut. Pada saat itu hanya iphone4 sahaja yang ada dalam genggaman. Dengan penuh tekad dia pun memukul kepala peragut tersebut dengan menggunakan iphone4 tu. Bukan takat pukul sikit-sikit, mungkin kerana terkejut pemilik iphone4 itu memukul berkali-kali peragut tersebut sehingga peragut tersebut rebah dan cedera parah. Seterusnya orang ramai yang ada datang membantu dan peragut itu dimasukkan ke hospital kerana cedera teruk di kepala.
Melihat pada keadaan iphone4 tu saya rasa memang teruk la kepala peragut tu. Bayangkan skrin iphone4 yang keras tu boleh retak seribu. Memang hebat iphone 4 ni kerana berjaya menumpaskan peragut, bukan setakat tak berjaya meragut, malah cedera parah pulak tu. Begitulah sebuah kisah benar yang terjadi di Ipoh ni. Sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)