Wow!!!

Saturday, June 25, 2011

Tips Membeli Handphone

Tips:

1. Kenalpasti tempat atau lokasi pembelian HP anda
Contohnya, kat KL ni, ada banyak tempat untuk kita membeli HP.. Seperti di Sungai Wang, Lowyat, Kotaraya dan Pertama Complex.. Korang kene la bijak memilih tempat2 jualan HP ditempat korang.. Kerana, berdasarkan pemerhatian aku, tempat2 yang lain menyajikan harga HP yang berlainan.. Tapi korang kene hati2 jugak, tempat yang murah tak semestinya bagus.. (Contoh di Pertama Complex, harga HP disitu memang murah, namun kebanyakkan rakan2 saya cerita yang disitu jual HP rekon, dan bile rosak diaorang xmau tanggung walau masih dalam warranty..) So, korang kene bijak dan banyak bertanya orang.. Jangan bodoh sombong dan berani tak bertempat..

Nokia N9

Carilah tempat yang ada kedai HP yang banyak, kelebihan2 yang anda boleh perolehi ditempat seperti ini ialah:
a) Dapat harga yang murah dan berpatutan. Kerana persaingan banyak.
b) Dapat mensurvey HP dalam pelbagai jenama dan model.
Tips kedai yang “meyakinkan”:
a) Ramai pengunjung.
b) Tempat tetap:
- Pilih kedai yang shop-lot.
- Jika ingin membeli di tepi2 koridor shopping complex, pastikan anda betul2 yakin.
c) Penjual yang boleh berkerjasama (tak sombong bila bertanya)

2. Kenalpasti dan pilih HP baru anda.
Terdapat pelbagai cara untuk anda memilih model2 HP kesukaan anda.
a) Bertanya kepada kawan2 yang lebih arif @ yang selalu menukar HP.
b) Cuba dan lihat HP rakan2 anda yang sedia ada.
c) Survey HP dipelbagai pusat2 beli belah. (dapatkan pamphlet HP)
d) Pergi ke laman2 web perbandingan HP (Handphone compare) , contohnya di:

Mobile88.com (Klik link)
atau dilaman web rasmi pembuat telefon terpilih:
Nokia (Klik link)
Motorola (Klik link)
Sony Ericsson (Klik link)

3. Kenalpasti ciri HP yang anda ingin beli.
Sebelum memilih pelbagai jenis HP yang terdapat dipasaran, anda hendaklah menetapkan ciri2 pilihan yang anda inginkan seperti:
a) Jenama dan Model
b) Tahun / Market status
c) Set HP Original / set AP (Sila berhati2 dengan set HP recon)
d) Kos / Harga
e) Kelebihan HP
- Camera (Berapa megapixel)
- Screen Display (Colour atau x)
- Ciri Hiburan (Poliphonic, True tone, Radio, pemain video dan MP3)
- Memory (Build-in atau card)
- Design*
- System telefon
- Bluetooth, Infrared, JAVA, WIFI, EDGE, 3G, dan USB port

*Design lawa tak semestinya HP tu bagus.

Produk Kecantikan

Baik Punya...