Wow!!!

Thursday, July 21, 2011

Akan Datang Akhir Disember

Akan datang akhir disember ini,
Desiran angin memutih di padang-padang,
Sesaat kita mendengar risau di sebalik rongga waktu,
Yang berhamburan di jendela....  

Akan datang akhir disember,
Risik bulan yang mengabur,
Di hutan-hutan seakan gelisah,
Di tangan kita....

Akan datang akhir disember ini,
Senja, bulan, desir, bisik,
Dan angin petang berhamburan bagai rindu musim hujan,
Lepas ke udara malam yang gelap...

Dan sesaat itu juga,
Kita mendengar kacau,
Menyiapkan unggun mimpi,
Di kaca peraduan....

Akan datang akhir disember ini,
Bulan diranting pohonan,
Dan angin yang berdesir,
Dalam nafas malam,
Di antara bayang dan sepi,
Sementara menunggu lebur jagat ini.....

Wednesday, July 20, 2011

iPhone4 Menumpaskan Peragut

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

Ini adalah suatu kisah benar. Saya mempunyai seorang kawan, namanya Ah Leong(bukan nama sebenar). Dia ni seorang jurujual telefon bimbit. Kalau dengan dia ni sembang pasal handphone sampai tutup kedai pun takpe.  
 
Kadang tu dia ajak lagi sambung cerita kat kedai mamak. Rajin bercerita dia ni, kalau ada program realiti untuk bercerita memang dia ada harapan jadi juara. Lagi satu, dia ni tak kisah pun saya tanya macam-macam pasal handphone, smartphone, tablet, mahupun pasal kereta dan motor. Saya tak pernah beli pun kat dia ni. Hahahaha... Gelak jap... 

Satu hari, seperti hari-hari lain di mana saya akan singgah di kedai Ah Leong untuk mendapat informasi terkini tentang dunia gadget.  Sampai di kedai Ah Leong, saya tengok ada sebuah iPhone 4 yang retak dan pecah skrin depan.  Saya pun bertanya tentang iphone 4 tu. Dia memberitahu bahawa pemilik iphone4 tersebut baru sahaja terlibat dengan kes ragut.

Sewaktu berjalan di kaki lima sebuah kedai dia telah diragut oleh seorang lelaki (pemilik iphone4 ni pun lelaki jugak). Peragut itu cuba meragut beg laptop yang dibawa oleh pemilik iphone4 tersebut.  Pada saat itu hanya iphone4 sahaja yang ada dalam genggaman.  Dengan penuh tekad dia pun memukul kepala peragut tersebut dengan menggunakan iphone4 tu. Bukan takat pukul sikit-sikit, mungkin kerana terkejut pemilik iphone4 itu memukul berkali-kali peragut tersebut sehingga peragut tersebut rebah dan cedera parah.  Seterusnya orang ramai yang ada datang membantu dan peragut itu dimasukkan ke hospital kerana cedera teruk di kepala.  

Melihat pada keadaan iphone4 tu saya rasa memang teruk la kepala peragut tu.  Bayangkan skrin iphone4 yang keras tu boleh retak seribu.  Memang hebat iphone 4 ni kerana berjaya menumpaskan peragut, bukan setakat tak berjaya meragut, malah cedera parah pulak tu.  Begitulah sebuah kisah benar yang terjadi di Ipoh ni. Sekian...

Tuesday, July 19, 2011

Pengalaman Bersama Blackberry Playbook

Apa khabar pembaca semua,

Pada hari sabtu yang lalu, 16 Julai 2011, saya telah mendapat jemputan untuk mengikuti workshop Blackberry Playbook sempena perlancaran Blackberry Playbook oleh Maxis. Workshop itu dinamakan Maxis BlackBerry Playbook Exclusive Bloggers' Workshop.  Hanya blogger yang terpilih oleh nuffnang sahaja yang dapat menyertai workshop tersebut.

Blackberry Playbook, hebat dari pandangan pertama.

Majlis Perlancaran tersebut bermula kira-kira jam 10.00 pagi.  Namun sejak awal pagi lagi sudah ramai orang yang menunggu di pintu masuk Hall 4 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tak kira golongan tua atau muda, semuanya nampak sudah tidak sabar untuk memiliki Blackberry Playbook pada hari itu.


Saiz 7 inci kelihatan kompak dan hebat.


Sewaktu pelancaran saya dapat lihat bagaimana ghairahnya pengguna dan bakal pengguna Blackberry yang beratur untuk mendapatkan nombor giliran sehingga ada yang bermasam muka apabila terpaksa beratur panjang. Namun, demi Blackberry Playbook, mereka cekalkan hati dan terus menunggu giliran mereka tiba.

Pandangan dari belakang.

Sekarang mari kita bercerita tentang Blackberry Playbook. Satu perkataan yang dapat saya katakan ialah 'menakjubkan'. Ianya sangat hebat.  Antara yang paling menarik perhatian saya ialah kebolehan 'multitasking'.  Ianya bukan sekadar nama, ianya benar-benar multitasking yang sepenuhnya.  Di workshop tersebut saya membuka semua aplikasi yang ada dalam Playbook tersebut dan semuanya dapat berjalan dengan serentak dalam satu masa tanpa 'buffering'.  Belum pernah saya jumpa tablet yang seperti ini.

Penerangan yang penuh bersemangat.

Ciri yang kedua yang menakjubkan ialah Blackberry Bridge.  Aplikasi ini digunakan untuk menghubungkan Playbook dengan set Blackberry yang kita ada.  Dengan ini kita dapat melakukan penyelarasan antara kedua-dua alat tersebut.  Apabila kita menghubungkan keduanya, kita boleh menggunakan fungsi seperti email dan Blackberry Messanger pada Playbook.  Bunyi macam pelik, tetapi inilah kelebihan Blackberry.  Ciri keselamatannya yang tinggi.  Selepas kita memutuskan sambungan, tiada lagi maklumat seperti email atau data-data yang lain yang dapat dibuka oleh pihak ketiga.  Inilah keistimewaan Blackberry yang sukar ditandingi oleh pengeluar tablet yang lain.

Fungsi seterusnya Blackberry Playbook ini ialah ia boleh melakukan rakaman video definisi tinggi(HD).  Hasil rakamannya amat tajam dan memuaskan.  Antara rakaman video yang terbaik yang pernah saya temui.  Ianya juga mudah dilakukan, sangat mesra pengguna.

Peserta sedang bertanyakan sesuatu kepada wakil Maxis.

Bagaimana pula dengan harganya?  Maxis menawarkan pakej yang amat menarik seperti berikut :


RM 1,599 - 16 GB 
RM 1,899 - 32 GB 
RM 2,199 - 64 GB 
Kita juga boleh mendapatkan tablet Blackberry Playbook dari serendah RM 990 apabila kita memilih plan data Playbook 3GB.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh ke : http://bit.ly/qADQ7l 
Apa lagi yang menarik tentang Blackberry Playbook? 
Ciri-ciri lain Blackberry Playbook:
Pemprosesan : 1 GHz dual-core Cortex A9 CPU, PowerVR SGX540 Graphics
Berat : 425g
Kamera : 3 MP (Depan), 5 MP (Belakang)
Simpanan : 16 GB, 32 GB, 64 GB
Skrin : 7″ 1024 x 600 WSVGA skrin sentuh LCD
Bateri : 8-10 Jam
Video definisi tinggi : H.264, MPEG4, WMV) output 1080p HDMI
Kapasiti simpanan dalaman sehingga 64 GB
Sambungan : bluetooth dan Wi-Fi 


Saya ingin memiliki Blackberry Playbook ini kerana ianya kelihatan amat bergaya dan prestasi yang menakjubkan.  Kelancaran multitasking dan kualiti rakaman videonya amat menarik perhatian saya.  Saya sangat-sangat ingin memilikinya kerana ciri-ciri keselamatannya yang tak boleh dipertikaikan lagi dan sebab utama saya ingin memiliki Playbook ini adalah kerana ianya Blackberry!!!

Produk Kecantikan

Baik Punya...