Wow!!!

Tuesday, July 19, 2011

Pengalaman Bersama Blackberry Playbook

Apa khabar pembaca semua,

Pada hari sabtu yang lalu, 16 Julai 2011, saya telah mendapat jemputan untuk mengikuti workshop Blackberry Playbook sempena perlancaran Blackberry Playbook oleh Maxis. Workshop itu dinamakan Maxis BlackBerry Playbook Exclusive Bloggers' Workshop.  Hanya blogger yang terpilih oleh nuffnang sahaja yang dapat menyertai workshop tersebut.

Blackberry Playbook, hebat dari pandangan pertama.

Majlis Perlancaran tersebut bermula kira-kira jam 10.00 pagi.  Namun sejak awal pagi lagi sudah ramai orang yang menunggu di pintu masuk Hall 4 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tak kira golongan tua atau muda, semuanya nampak sudah tidak sabar untuk memiliki Blackberry Playbook pada hari itu.


Saiz 7 inci kelihatan kompak dan hebat.


Sewaktu pelancaran saya dapat lihat bagaimana ghairahnya pengguna dan bakal pengguna Blackberry yang beratur untuk mendapatkan nombor giliran sehingga ada yang bermasam muka apabila terpaksa beratur panjang. Namun, demi Blackberry Playbook, mereka cekalkan hati dan terus menunggu giliran mereka tiba.

Pandangan dari belakang.

Sekarang mari kita bercerita tentang Blackberry Playbook. Satu perkataan yang dapat saya katakan ialah 'menakjubkan'. Ianya sangat hebat.  Antara yang paling menarik perhatian saya ialah kebolehan 'multitasking'.  Ianya bukan sekadar nama, ianya benar-benar multitasking yang sepenuhnya.  Di workshop tersebut saya membuka semua aplikasi yang ada dalam Playbook tersebut dan semuanya dapat berjalan dengan serentak dalam satu masa tanpa 'buffering'.  Belum pernah saya jumpa tablet yang seperti ini.

Penerangan yang penuh bersemangat.

Ciri yang kedua yang menakjubkan ialah Blackberry Bridge.  Aplikasi ini digunakan untuk menghubungkan Playbook dengan set Blackberry yang kita ada.  Dengan ini kita dapat melakukan penyelarasan antara kedua-dua alat tersebut.  Apabila kita menghubungkan keduanya, kita boleh menggunakan fungsi seperti email dan Blackberry Messanger pada Playbook.  Bunyi macam pelik, tetapi inilah kelebihan Blackberry.  Ciri keselamatannya yang tinggi.  Selepas kita memutuskan sambungan, tiada lagi maklumat seperti email atau data-data yang lain yang dapat dibuka oleh pihak ketiga.  Inilah keistimewaan Blackberry yang sukar ditandingi oleh pengeluar tablet yang lain.

Fungsi seterusnya Blackberry Playbook ini ialah ia boleh melakukan rakaman video definisi tinggi(HD).  Hasil rakamannya amat tajam dan memuaskan.  Antara rakaman video yang terbaik yang pernah saya temui.  Ianya juga mudah dilakukan, sangat mesra pengguna.

Peserta sedang bertanyakan sesuatu kepada wakil Maxis.

Bagaimana pula dengan harganya?  Maxis menawarkan pakej yang amat menarik seperti berikut :


RM 1,599 - 16 GB 
RM 1,899 - 32 GB 
RM 2,199 - 64 GB 
Kita juga boleh mendapatkan tablet Blackberry Playbook dari serendah RM 990 apabila kita memilih plan data Playbook 3GB.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh ke : http://bit.ly/qADQ7l 
Apa lagi yang menarik tentang Blackberry Playbook? 
Ciri-ciri lain Blackberry Playbook:
Pemprosesan : 1 GHz dual-core Cortex A9 CPU, PowerVR SGX540 Graphics
Berat : 425g
Kamera : 3 MP (Depan), 5 MP (Belakang)
Simpanan : 16 GB, 32 GB, 64 GB
Skrin : 7″ 1024 x 600 WSVGA skrin sentuh LCD
Bateri : 8-10 Jam
Video definisi tinggi : H.264, MPEG4, WMV) output 1080p HDMI
Kapasiti simpanan dalaman sehingga 64 GB
Sambungan : bluetooth dan Wi-Fi 


Saya ingin memiliki Blackberry Playbook ini kerana ianya kelihatan amat bergaya dan prestasi yang menakjubkan.  Kelancaran multitasking dan kualiti rakaman videonya amat menarik perhatian saya.  Saya sangat-sangat ingin memilikinya kerana ciri-ciri keselamatannya yang tak boleh dipertikaikan lagi dan sebab utama saya ingin memiliki Playbook ini adalah kerana ianya Blackberry!!!

5 comments:

  1. NICE ONE! Looking forward to it. BB playbook boleh letak simcard?

    ReplyDelete
  2. From what i know kenot insert simcard kot ...

    ReplyDelete
  3. Tak boleh masuk simkad, perlu guna wi-fi ataupun 'bridge' dengan set BB kita. Guna app Blackberry Bridge, boleh download percuma di BB app world. Search Blackberry Bridge. Semua email dan bbm hanya boleh kita buka di playbook melalui bridge ni, so safety la kalau orang lain guna playbook kita pun diorang tak boleh curi-curi masuk email kita.

    ReplyDelete
  4. Aiseh awat lambat letak... I already register the gadget this afternoon...

    ReplyDelete

Produk Kecantikan

Baik Punya...