Wow!!!

Tuesday, October 29, 2013

Berebut Punya Pasal

Dua kereta tersangkut di laluan Touch&Go sebab berebut nak masuk lorong tersebut.

Monday, October 28, 2013

Dah Bincang Dengan Penyelia

Sudah 2 Jumaat berturut-turut aku berjumpa dengan penyelia(supervisor) aku. Kami berbincang tentang hala tuju baru untuk research aku.

Setakat ini ada nampak perkembangan positif. Memang selalu kena jumpa supervisor ni baru ilham datang dan semangat tak pudar.

Monday, October 21, 2013

Setia Ku Korbankan

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Setia ku korbankan

Saturday, October 19, 2013

Start From Zero

Nampaknya kajian aku selama kira-kira 2 tahun mengalami jalan buntu.  Oleh itu aku bercadang atau lebih tepat lagi telah membuat keputusan untuk mulakan kajian yang baru. Tajuk baru, topik baru, bahan baru, segala-galanya baru. Harap kali ini berhasil.

Monday, September 30, 2013

DAH LAMA DAH...

Dah lama dah tak update blog ni... kekurangan masa dan masalah kesihatan... sejak sakit bulan Januari 2012 dulu, aku menghadapi masalah untuk fokus... Kena kawal stress dengan baik supaya tak terjadi lagi... Banyak karya-karya yang terbengkalai, rasa hilang mood sebab tak dapat nak memberi fokus dengan baik bila berkarya... Harap dapat segera bangkit dari belenggu ini...

Produk Kecantikan

Baik Punya...