Semalam detik bersejarah bagi pasukan bola sepak negara, Skuad Harimau Muda, apabila berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA di Indonesia dengan menumpaskan tuan rumah. Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang perlawanan tersebut kerana saya yakin ramai wartawan, penulis, bloggers, yang akan menulis detik-detik bersejarah itu.
Di sini saya lebih berminat untuk menarik perhatian pembaca tentang bagaimana rakyat Malaysia ketika itu. Semua rakyat tanpa mengira kaum, fahaman politik, taraf ekonomi dan sebagainya bersatu memberikan sokongan kepada pasukan negara. Alangkah indahnya jika kita boleh bersatu padu seperti itu dalam membangunkan negara, dalam mempertahankan negara daripada anasir-anasir jahat. Saya rasa jika semangat seperti semalam diaplikasikan dalam kehidupan harian kita pastinya Malaysia akan lebih maju dan aman damai.
Semoga Malaysia akan terus aman makmur buat selamanya..... Amin.....
No comments:
Post a Comment