Wow!!!

Monday, October 21, 2013

Setia Ku Korbankan

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Setia ku korbankan

Saturday, October 19, 2013

Start From Zero

Nampaknya kajian aku selama kira-kira 2 tahun mengalami jalan buntu.  Oleh itu aku bercadang atau lebih tepat lagi telah membuat keputusan untuk mulakan kajian yang baru. Tajuk baru, topik baru, bahan baru, segala-galanya baru. Harap kali ini berhasil.

Monday, September 30, 2013

DAH LAMA DAH...

Dah lama dah tak update blog ni... kekurangan masa dan masalah kesihatan... sejak sakit bulan Januari 2012 dulu, aku menghadapi masalah untuk fokus... Kena kawal stress dengan baik supaya tak terjadi lagi... Banyak karya-karya yang terbengkalai, rasa hilang mood sebab tak dapat nak memberi fokus dengan baik bila berkarya... Harap dapat segera bangkit dari belenggu ini...

Monday, November 21, 2011

Alangkah Indahnya....

Semalam detik bersejarah bagi pasukan bola sepak negara, Skuad Harimau Muda, apabila berjaya mempertahankan pingat emas sukan SEA di Indonesia dengan menumpaskan tuan rumah.  Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang perlawanan tersebut kerana saya yakin ramai wartawan, penulis, bloggers, yang akan menulis detik-detik bersejarah itu.

Di sini saya lebih berminat untuk menarik perhatian pembaca tentang bagaimana rakyat Malaysia ketika itu. Semua rakyat tanpa mengira kaum, fahaman politik, taraf ekonomi dan sebagainya bersatu memberikan sokongan kepada pasukan negara.  Alangkah indahnya jika kita boleh bersatu padu seperti itu dalam membangunkan negara, dalam mempertahankan negara daripada anasir-anasir jahat.  Saya rasa jika semangat seperti semalam diaplikasikan dalam kehidupan harian kita pastinya Malaysia akan lebih maju dan aman damai.

Semoga Malaysia akan terus aman makmur buat selamanya..... Amin.....

Thursday, November 3, 2011

Ini Bukan Karya Aku

Ini bukan karya aku,
Juga bukan karya engkau,
Bukan juga karya dia atau mereka,
Karya ini milik Allah Yang Maha Esa...

Produk Kecantikan

Baik Punya...